Monday, 12 October 2020

Sebarlah kebaikan walau sekecil perkara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di sini saya ingin kongsikan kepada kalian semua satu posting yang dikongsikan oleh Tuan Haji Amir Hassan di facebook beliau tentang situasi yang dihadapi sekarang.

“Membaca posting dan komen-komen di sosial media tentang isu semasa memang boleh menganggu emosi, sedih, marah dan kecewa. Kekadang terfikir dibenak hati, adakah mereka ini tiada pertimbangan diri dan tidak takut kepada Allah SWT.”

Lupakah mereka, setiap hamba yang bernyawa masih ada pencatat di kanan dan kiri yang sentiasa menulis segala tindak tanduk kita setiap saat dan waktu. Namun, sebenarnya suasana begini telah berlaku sejak zaman berzaman berulang-ulang-ulang-ulang hingga hari kiamat kelak.

BACA: 12 Golongan Manusia Yang Didoakan Kebaikan Oleh Malaikat

Buktinya ianya sudah tercatat dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu dalam Surah An Nuur ayat 15 – 20.

15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

16. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

17. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

18. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

19. Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

20. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).

Kalau lah kita hidup di zaman Nabi-Nabi terdahulu seperti Nuh a.s, Nabi Soleh a.s dan Nabi Luth a.s mungkin kita semua sudah di azab dengan serta merta. Kita tak mampu nak ubah orang jadi yang terbaik, maka kita jagalah diri kita dan keluarga kita. Semoga Allah SWT menjadikan kita seorang pengguna Sosial Media yang sentiasa menyebarkan kebaikan hendaknya.

Putuskan hubungan kita dengan pandemik Covid-19 tetapi jangan sesekali putuskan hubungan kita dengan Allah SWT. Allahuakbar!

Amir Hassan

The post Sebarlah kebaikan walau sekecil perkara first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/372bQDV
via Denaihati.com