Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Beberapa hari kebelakangan ini, angka kes Covid-19 di Malaysia meningkat naik mendadak. Semalam, 432 kes baharu dicatatkan dan ini merupakan kes tertinggi dalam sejarah di Malaysia. Allahu, moga Allah lindungi kita semua daripada wabak pandemik ini. Aamiinn.
Begitulah realitinya, jika kes naik mendadak, maka yang akan bertungkus lumus, bekerja keras tak lain tak bukan frontliner kita. Para Doktor dan Nurse sedang sibuk lakukan saringan di hospital dan di semua pusat kuarantin yang ada. Semoga Allah jaga kalian semua.
Perkongsian seorang Frontliner di Semporna, Sabah
Apabila membaca status yang di muatnaik oleh frontliner kita di Sabah saat beliau ditugaskan di Semporna begitu menyentuh hati. Beliau menulis dengan tajuk #TheLittleWuhan. Jom sama-sama ikuti apa yang dikongsikan di facebook beliau.
Seminggu bertugas di Semporna, aku dapat rasa kan betapa beratnya tanggungjawab pegawai perubatan, staff hospital dan klinik kesihatan di sini. Di ibaratkan sebagai #thelittleWuhan seluruh komuniti berisiko besar di jangkiti Covid-19.Setiap hari nombor positive kes bertambah.
Aku tidak suka bercerita tentang kerja. Aku bukan jenis sentiasa post di media social tentang kerjaya aku walau lebih 10 tahun service di hospital. Tapi kali ini berbeza. Sesuatu yang aku rasa aku harus kongsikan.
Ditugaskan di jabatan kecemasan aku kagum dengan semangat doktor muda dari Semporna. Berkerja dari pagi sampai ke malam. Bertungkus lumus merawat pesakit yang rata-rata RTK positive. Tidak mengenal warga negara atau bukan warganegara tanggungjawab tetap di pikul.
Memakai full PPE lebih dari 9-10 jam. Tidak makan dan minum semata-mata mahukan yang terbaik untuk pesakit. Masih ada system oncall >24 jam di waktu wabak ini kerana manpower tidak mencukupi. Berhadapan pesakit yang positive mengundang risiko yang amat tinggi bagi kami.
Prolonged stay with the patients kerana manpower tidak mencukupi untuk shift systems. Mixed feelings. Betul. Mixed feelings. Hampir setiap hari ada yang harus di ‘intubate’. Risau akan di jangkiti?? Harus lah!!!. Tapi apa pilihan yang kami ada? Bertahan untuk yg terbaik buat pesakit dan komuniti.
Setiap hari sebelum masuk berkerja aku akan berdoa. ‘Ya Allah permudahkanlah urusan sepanjang kerja di sini. Jauhkan lah kami dari bala bencana dan wabak. Bantulah kami Ya Allah’ Rakan-rakan perubatan bantulah Semporna.
Mari lah berjuang bersama-sama di sini. Pakar atau pegawai perubatan. Jururawat, MA, staff xray, staff makmal, driver, ppk. Kita harus bersama bantu mereka. Kembali kan senyuman dan semangat team Hosp Semporna. Berjuang!! Sahabat di semenanjung buat lah sehabis baik. Jaga SOP, keluar jika perlu,kerap basuh tangan/ hand sanitiser. Kita belum menang!!
Beliau juga menambah dengan hashtag #KitaJagaKita #frontlinersonduty #jauhiburnout #tanggungjawabbersama
Perkongsian beliau telah mendapat 10 ribu share dan 12 ribu like setakat ini. Kebanyakan netizen yang tinggalkan komen di posting beliau mengucapkan kata-kata positif supaya sentiasa kekal semangat, tabah dan cekal dalam menghadapi segala dugaan. Malah , ada juga yang mengucapkan terima kasih di atas segala jasa yang telah mereka lakukan.
Didoakan semoga frontliner kita di Malaysia diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan sabar dalam menempuhi pandemik covid-19. Thank you FRONTLINER! Stay safe everyone!
Facebook: Atfina Ibrahim
The post The Little Wuhan, luahan seorang frontliner di Sabah first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3iWcc13
via Denaihati.com