Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Beberapa siri demonstrasi membantah RUU Omnibus Law berlangsung di beberapa wilayah di Indonesia, termasuk di kota Jakarta yang awal bermula dengan tenang akhirnya mencetuskan rusuhan sehingga merosakkan harta benda awam.
Demonstrasi yang didokong golongan mahasiswa dan Persatuan Buruh Indonesia itu, adalah bagi membantah Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja yang didakwa akan lebih memihak kepada pelabur dan menindas hak pekerja serta alam sekitar.
Undang-undang itu juga didakwa akan mengabaikan hak pekerja, antaranya pengurangan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan, pengurangan cuti tahunan, pembatalan peraturan gaji minimum, dan pindaan berkaitan peraturan pekerja kontrak.
Meskipun protes semakin mengganas, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mempertahankan undang-undang cipta lapangan kerja (Omnibus Law) yang diluluskan Parlimen Isnin lalu.
Jokowi sebaliknya mendakwa protes tercetus kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat.
Tegas Jokowi, undang-undang berkenaan akan membantu mewujudkan pekerjaan buat golongan muda dan mereka yang menganggur kesan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Beliau turut meminta golongan yang membantah supaya mencabar kelulusan undang-undang itu di mahkamah perlembagaan.
Protes ganas tercetus sebagai bantahan golongan pekerja terhadap undang-undang itu.
Ia didakwa tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.
Khabarnya ramai juga yang tercedera. Kita di Malaysia memang tak berapa faham apa yang berlaku. Pasti ada sahabat-sahabat di Indonesia yang boleh jelaskan.
Semoga Indonesia dapat melalui masa-masa susah ini dengan baik dan semua masalah dapat diselesaikan demi rakyat.
The post Rakyat Indonesia protes bantah undang-undang 'Omnibus Law' first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3iMql0U
via Denaihati.com