Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kereta di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi di sini hari ini.
Tular di media sosial rakaman kamera perakam video (dashcam) memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi yang bergerak laju merempuh kereta Honda Accord sehingga menyebabkan pemandu Honda itu maut serta-merta di tempat kejadian.
Kemalangan yang berlaku di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi itu menyebabkan Mohd Rizal Buseri, 31, meninggal dunia manakala pemandu Myvi Nur Fatin Nazrah, 23, dan seorang lagi mangsa, Chang Ah May, 78, mengalami cedera ringan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dengan kekuatan sembilan anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus laporan kecemasan diterima.
“Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati sebuah kereta yang dipandu salah seorang mangsa dalam keadaan terbalik dan dia tersepit di bahagian pemandu.
“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat hanya mengambil masa dua minit. Namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya.
Sementara itu, netizen meluahkan rasa sedih dengan perkara yang berlaku dan mendoakan agar keluarga mangsa tabah menghadapi kejadian yang menimpa.
Mereka juga mahu pemandu Myvi dikenakan tindakan tegas kerana dipercayai tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan yang tamat tempoh.
Komen Netizen di Media Sosial
Sumber: Utusan Online & http://wowberita.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/34MZhJU
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GXHirP
via MerahHatiCintaku.blogspot.com