SEMALAM, ribuan penduduk di Lembah Kelang kembali mengeluh apabila sekali lagi dibebani gangguan bekalan air.
Mana tidaknya, keadaan bertambah perit ketika mana orang ramai kini perlu berdepan dengan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan gangguan bekalan air.
Malah, ada sesetengah tempat di sekitar Shah Alam yang turut terbeban dengan bekalan elektrik yang sering terputus sejak empat hari lalu.
Terpanggil untuk membantu penduduk mendapatkan bekalan air, penc eramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew ke tempat kritikal yang terputus bekalan itu.
Kongsi beliau di Facebook miliknya:
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan.
Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.
Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana sekitar PPRT.
Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya.
Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan AJK semua kuat membantu bersama AJK surau.
Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
Pohon doa ye. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.
Alhamdulillah, sama-samalah kita mendoakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan Ustaz Ebit kerana banyak membantu rakyat.
Sumber: Sinar Plus
from Sehinggit Media News https://ift.tt/37saZge
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3odWEto
via MerahHatiCintaku.blogspot.com