Monday, 5 October 2020

Nak Kekalkan Kesegaran Ikan Dalam Freezer? Ini Cara Betul Boleh Tahan Sampai Berbulan!

Mesti ramai sekarang yang menyimpan stok makanan basah seperti ikan di dalam freezer atau peti beku.

Namun, tidak ramai yang pandai cara simpan selalu campak sahaja masuk dalam freezer sehingga tiba masa untuk bahan basah ingin dimasak.

Sedia maklum ikan sama ada belum disiang atau sudah disiang ketika di pasar ianya sudah terdedah lama dan mungkin sudah berada lama dalam sistem sejukbeku. Pastinya sudah banyak tangan yang pegang ikan-ikan ini ketika proses membeli dan ini mencemar ikan secara tidak langsung.

Jadi adalah lebih elok jika kita tahu cara nak uruskan ikan ini sebelum kita simpan terus ke dalam freezer. Rupanya ada cara yang nak simpan ikan dalam freezer. Caranya mudah saja. Lepas siang ikan, bersihkan dan rendam dalam air. Nanti masukkan ikan terendam tu dalam peti beku.

Ini perkongsian daripada Puan Normah Bahari dalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Ada beberapa ahli yang dah mencuba dan hasilnya mereka akui ikan masih segar walaupun dah dua minggu.

Cara Simpan Ikan Dalam Freezer

Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.

Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian beku.

Bila Nak Masak

Keluarkan dan biarkan ia cair.

Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.

Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.

Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.

Sumber: https://petuaibu.com



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2SsnLT9
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2SrAyoS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com