Selebriti popular tanah air, Neelofa, 31, tampil dengan imej baharu berpurdah sekaligus mengejutkan industri hiburan dan peminat terutamanya yang menyambut baik keputusan tersebut.
Menerusi kiriman di IG story Neelofa sebentar tadi, beliau meminta semua untuk mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam perjalanan baharu beliau ini.
”Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datang harinya.
”Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi,” tulisnya.
Kiriman tersebut sekaligus menjawab segala teka-teki peminat sejak semalam berikutan dua keping gambar terbaharu di Instagram Neelofa yang memaparkan selebriti tersebut memakai purdah.
Ibu Neelofa, Noor Kartini, menerusi Instagramnya turut memuat naik video di mana beliau memeluk Neelofa dan menyokong penghijrahan anaknya itu.
Menerusi video tersebut, kelihatan Neelofa yang memakai purdah berwarna putih, dipeluk sambil dicium oleh ibunya dalam keadaan yang mengharukan.
”MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaMU mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.
”Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia. Amin.
”’Love you bidadariku Neelofa” tulisnya.
Rata-rata peminat yang membanjiri ruangan komen di Instagram Neelofa bukan sahaja terharu akan penghijrahan besar yang dibuat oleh beliau, malah turut memberikan sokongan dengan keputusan tersebut.
Kami doakan Neelofa terus berjaya dan istiqamah dalam menempuh perjalanan baharu. All the best!
Sumber: Instagram Neelofa, noorkartini via Siakapkeli
from Sehinggit Media News https://ift.tt/341uuKe
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2T0hr5i
via MerahHatiCintaku.blogspot.com