PENYANYI terkenal dengan lagu Umbrella, Rihanna dikecam hebat di media sosial selepas didakwa tidak sensitif terhadap agama Islam.
Hal itu berpunca apabila penyanyi antarabangsa itu menggunakan petikan hadis bagi mengiringi pertunjukan fesyen pakaian dalam jenamanya, Savage x Fenty, 2 Oktober lalu.
Rihanna menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas menggunakan lagu Doom oleh Coucou Chloe yang merangkumi hadis untuk pertunjukan koleksi baju dalam.
Pertunjukan fesyen yang diadakan secara maya itu memaparkan aksi model memakai pakaian dalam menari dengan latar belakang muzik tersebut.
Tambahan pula, seorang lagi pengguna media sosial itu, @nelirv mempersoalkan tindakan artis menggunakan Islam dalam karya seni mereka.
Rihanna minta maaf
Dalam pada itu, Rihanna tidak menunggu lama dan terus membuat permohonan maaf di laman Instagramnya.
Menurut penyanyi yang kini juga merupakan seorang usahawan kosmetik, dia sangat berterima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu tersebut.
“Saya nak berterima kasih kepada komuniti Islam yang telah membangkitkan isu ini.
“Kami faham kami telah melukakan hati ramai saudara-saudara Islam, penggunaan lagu itu di dalam pertunjukan tersebut sangat-sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.
Rihanna turut memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang.
Pada masa sama, laporan media antarabangsa turut melaporkan bahawa, Coucou Chloe yang menghasilkan lagu tersebut turut meminta maaf, dengan mengatakan dia tidak menyedari bahawa lagu itu mengandungi ayat-ayat yang diambil dari hadis Islam.
Sumber: Awani
The post Rihanna dikecam teruk selepas menggunakan petikan Hadis di dalam lirik lagunya first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3iWCZKF
via Denaihati.com