Kebanyakkan universiti ketika ini sedang sibuk menjalankan Istiadat Konvokesyen di universiti masing-masing bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.
TINDAKAN seorang graduan yang melakukan protes sambil mengangkat plakad di atas pentas sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 pagi Isnin mengundang kecaman ramai.
Hari ini tular sebuah video di sebuah Majlis Istiadat Konvokesyen di sebuah universiti tempatan apabila seorang graduan didakwa melaungkan protes supaya naib canselor universiti berundur dari jawatan beliau. Rata-rata warga Twitter berpendapat, tindakan graduan tersebut tidak kena dengan majlis dan dianggap biadap.
Graduan tersebut dikatakan kembali semula ke atas pentas bersama sekeping plakad dan menjerit sebelum turun dari pentas dalam Istiadat Konvokesyen tersebut.
Berdasarkan plakad tersebut, Yan Ke mendesak Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal melindungi hak pelajar dan menyelesaikan krisis kewangan universiti tersebut selain didakwa menjadi boneka politik.
Lebih teruk lagi, pelajar itu tidak mengendahkan rakan-rakan lain sedang berjalan di atas pentas untuk mengambil skrol masing-masing.
Sebaik turun dari pentas, dia tidak menerima sokongan sebaliknya di'boo' oleh seisi dewan yang hadir pada majlis itu.
Tindakan biadabnya itu turut mendapat perhatian Penggerak Mahasiswa UM yang menggesa agar pihak universiti menarik balik sijil Ijazah Sarjana Muda miliknya.
Malah satu petisyen turut dilancarkan bagi meraih 30,000 sokongan terhadap gesaan tersebut.
Petisyen tersebut turut menuntut Yan Ke membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perbuatannya itu.
Sementara itu, UM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Sumber: Siakapkeli, Mstar Online
from Sehinggit Media News https://ift.tt/31hyNN1
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33tHRzR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com