Tuesday, 15 October 2019

Terkedu Lihat Lelaki Tolak, Tengking Isterinya Dalam Pantang Depan Orang Ramai Di Klinik


SUASANA hening di sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur boleh dikatakan tegang apabila seorang suami didakwa mengherdik isterinya di hadapan orang ramai.

Selain ditengking, wanita itu turut ditolak olah suaminya menerusi kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.

Menurut Azri Osman, 39, yang berkongsi kisah itu di Facebook, dia tidak berada di lokasi itu sebaliknya ia diceritakan oleh isterinya, Nur Atika Liyana Hamzah, 29, yang berada di tempat kejadian.

"Isteri saya hamil, kena pergi klinik kesihatan untuk minum air gula. Lepas tu isteri mesej pada saya, kata ada perempuan kena marah dengan suami dia.

"Dia marah depan orang, tolak-tolak isteri dia. Masa isterinya pergi tandas, dia letak anak atas meja lepas tu main game.

"Isteri saya sempat hantar gambar pasangan tu. Saya ni sebagai suami rasa tersentuh. Terus teringat masa isteri bersalin dulu. Saya kata, Ya Allah kenapa dia buat macam tu," kata Azri sewaktu dihubungi mStar.


Menurut Azri lagi, dia tidak berniat membuka aib lelaki itu sebaliknya berkongsi kisah ini untuk peringatan bersama.

Malah, dia juga tidak mahu membuat sebarang andaian memandangkan tidak mengetahui apa yang sebenarnya dilalui pasangan itu.

"Dia pun manusia, tak boleh nak cakap lebih sebab kita tak tahu. Saya pun tak nak buka aib dia, tapi biarlah orang di luar sana ambil pengajaran.


"Kita tak benci dia tapi benci perbuatan dia. Kita ambil contoh kes yang kerat bini tu, sampai tahap di luar jangkaan.

"Yang ni depan orang ramai pun boleh maki, apatah lagi kat rumah. Apa-apa pun, kita berbalik kepada Allah, ambillah kisah ini sebagai pengajaran," katanya lagi.

Azri merupakan bapa kepada seorang cahaya mata dan isterinya dijangka melahirkan zuriat kedua mereka pada awal tahun depan.

Perkongsian kisah itu di Facebook Azri turut menerima reaksi luar biasa apabila ia dikongsi lebih 10,000 netizen.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa wanita itu dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Menerusi posting Azri, dia menyatakan wanita malang itu memakai stokin tebal, dipercayai masih dalam proses berpantang selepas bersalin.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31csOcl
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35EnDp4
via MerahHatiCintaku.blogspot.com