SEORANG pengguna Facebook berkongsi cerita mengenai anak dari sahabat kerjanya yang menderita penyakit kencing manis di usianya yang masih kecil.
Post tersebut dimuatnaik akaun Facebook bernama Hendra Dwi Hermawan pada Isnin (30/7/2018) dan telah dikongsi melebihi 9000 kali dan mendapat hampir 4000 komen.
Dipetik dari Tribun Video dari akaun Facebook tersebut, Pengguna facebook tersebut memberi keterangan bahawa kanak-kanak 3 tahun tersebut sudah diharuskan memakai insulin atau jarum suntikan.
Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dikatakan mengidap kencing manis kerana selalu minum susu kotak dan minuman yang manis-manis.
Namun sehingga berita ini disiarkan, tiada keterangan rasmi dari doktor dan tempat kanak-kanak tersebut dirawat.
Kali terakhir dia dibawa ke Hospital Hermina, gula di dalam darah kanak-kanak tersebut mencapai 624 mg/dL.
Dipetik dari hellodokter gula darah untuk orang normal berada antara 70 hingga 200mg/dL.
Angka tersebut melalui alat pengukur gula dalam darah(GDS) dan ujian ini boleh dilakukan sebelum atau setelah makan, kerana kadar gula darah setiap orang berbeza, bergantung kepada kita sudah makan atau belum.
Orang yang melakukan ujian gula dalam darah sebelum makan akan berbeza hasilnya setelah dia melakukan ujian tersebut setelah makan.
Seperti dipetik dari nakita.id, bila warna dalam bahagian belakang leher, siku, atau buku-buku jari tangan menjadi lebih gelap dan bersisik walaupun kita menjaganya, keadaan tersebut boleh menjadi peringatan awal kadar gula darah yang terlalu tinggi.
Simptom diabetes pada anak
Sebagai ibu bapa, anda harus lebih peka terhadap kesihatan anak dan lihat jika mereka ada simptom diabetes seperti di bawah ini:
- Kehausan dan kelaparan yang berterusan
- Sering buang air kecil walaupun di tengah malam
- Berat badan semakin susut walaupun makan banyak
- Cepat penat berbanding kanak-kanak yang lain
- Sakit perut
- Kering mulut
- Penglihatan kabur
- Kencing atas katil dengan lebih kerap
Kanak-kanak kecil juga boleh menunjukkan simptom ini walaupun mereka sihat dan penyakit ini juga sering diabaikan atau tidak dirawat dengan lebih awal.
Untul lebih selamat, bawa anak yang ada gejala ini untuk mengikuti ujian glukosa darah. Sekurang-kurangnya anda dapat menyelamatkan nyawa insan tersayang dengan lebih awal.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MfktQT
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2phFdOM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com