Sesiapa sahaja yang bercinta pasti saja inginkan hubungan itu berakhir dengan pernikahan, ada juga yang baru saja berkenal beberapa minggu terus berkahwin tanpa mengenali dahulu hati budi masing-masing. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu, yang wanita-wanitanya penuh dengan ciri-ciri kewanitaan, yang pandai melakukan kerja rumah dan juga tidak sosial.
Begitu juga dengan lelaki. Lelaki zaman dahulu penuh dengan sifat bertanggungjawab, yang mementingkan agama, dan juga yang hormat pada wanita. Jarang sekali kita mendengar ada kes penderaan pada zaman dahulu berbanding sekarang, mengapa begitu?
Wanita yang bijak pastinya akan mengenali pasangannya dahulu sebelum membuat keputusan untuk pergi jauh dalam sesuatu hubungan. Perkahwinan adalah hal serius yang perlu diambil berat tentang pemilihan calon suami sebelum berkahwin. “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.
Dalam pemilihan suami, bukan hanya paras rupa yang dinilai, tetapi juga setakat mana dia menjaga agamanya. Titikberatkan tentang solatnya, amalannya. Tidak salah untk kita memilih calon suami kita, ini kerana apabila anda membuat keputusan untuk berkahwin ianya bermakna anda selangkah menuju syurga atau neraka.
Suami adalah pembimbing isteri sesudah berkahwin, tetapi ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini. Ada yang setelah berkahwin, bukan mengajak ke arah kebaiakan, malah mengajak kearah keburukkan. Dan kerana itulah penting untuk kita sabar dalam perkenalan dan jangan tergesa-gesa untuk berkahwin.
Sila kenali hati budi pasangan, supaya nanti tidak menyesal dikemudian hari. Perkahwinan ini adalah hal besar yang tidak boleh dibuat main, hari ini kahwin esok pula berpisah. Semua mengharapkan perkahwinan itu sempurna hingga ke akhir hayat, hingga syurga Jannah.
Isteri adalah cermin suami, jika elok perangai suami, elok lah perangan isteri. Jika suami mendidik isteri ke arah kebaikan dan mengharap redha Illahi, Syurga lah ganjanran. Tetapi bagaimana pula jika suami tidak mendidik isteri dengan betul? kesian isteri anda, mereka insan yang lemah memerlukan bimbingan dari anda, jangan abaikan tanggungjawab anda sebagai seorang suami.
Bukan sahaja dari segi zahir dan batin, tetapi hal agama juga sangat penting. Mendirikan rumahtangga tanpa mengamalkan ajaran islam didalamnya, umpama mendirikan rumah tapi tidak bertiang,tanpa sokongan.
Suami yang hebat bukanlah suami yang berjaya mengahwini isteri yang cantik dan solehah, kemenangan sebenar ialah apabila anda mampu mengubah isteri anda daripada dia yang dahulunya sosial berubah kepada wanita solehah. Itulah kejayaan sebenar.
Carilah suami yang sesuai untuk dijadikan suami, bukan yang malas bekerja, yang hanya tahu makan duit isteri. yang tidak tahu dengan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai suami. Untuk berjaga-jaga, jangan memilih suami yang pada awal perkenalannya dia sudah menunjukkan sikap panas barannya, kerana berkemungkinan juga selepas berkahwin dia akan lebih berani bertindak kasar dengan anda.
Mungkin manusia itu boleh berubah, tetapi sebaik-baiknya untuk mengelak daripada kes penderaan berlaku, elakkan daripada memilih lelaki yang perwatakkan panas baran.
Dalam hal ini, lelaki atau perempuan hendaklah memilih pasangan yang sesuai sebelum membuat keputusan yang lebih besar. Jangan kerana terlalu memikirkan penilaian orang lain, anda tersilap memilih pasangan. Ini adalah keputusan terbesar dalam hidup anda. Berfikir dengan waras dan buat pilihan dengan bijak.
Sumber: Aliff Channel
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2IJbCVp
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VF6Eht
via MerahHatiCintaku.blogspot.com