Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di Sulawesi, Indonesia, meninggal dunia selepas dipaksa gurunya untuk berlari sebanyak 20 pusing di bawah matahari terik kerana terlambat 25 minit datang ke sekolah.
Mangsa yang dikenali sebagai Fanly sebelum itu mengadu berasa pening selepas berlari dua pusingan dan merayu pada guru terbabit agar dia dibenarkan untuk berehat seketika.
Malangnya, guru itu membantah dan mengarahkan Fanly meneruskan larian itu sebagai hukuman di atas kelewatannya.
Tidak beberapa lama selepas itu, mangsa mengalami kepenatan dan pengsan akibat cuaca panas pada hari kejadian.
Mangsa dikejarkan ke unit kecemasan dan doktor segera memberi rawatan untuk menyelamatkannya sebelum disahkan meninggal dunia.
Ibu mangsa, Julin, 46, berkata, dia tidak tahu bagaimana perkara itu boleh berlaku dan anaknya tidak mempunyai masalah kesihatan.
Laporan bedah siasat masih belum didedahkan, tetapi punca kematian mangsa disyaki akibat tindakan guru terbabit.
Justeru, ibu bapa mangsa mahu menuntut keadilan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan. Malah, pasangan itu sedanga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah tersebut.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Vj4T9I
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2OnU195
via MerahHatiCintaku.blogspot.com