Sunday, 6 October 2019

"Alhamdulillah. Terharu Dan Gembira," Bangsa Melayu Boleh Bersatu. Buang Kepentingan Politik Demi Agama, Bangsa Dan Negara


Dr Mahathir Mohammad hadir ke Kongres Maruah Melayu yang telah berlansung di Stadium Malawati Shah Alam pagi tadi untuk menyampaikan amanat sebagai seorang Perdana Menteri.

Katanya dalam majlis berkenaan, beliau yakin orang Melayu akan berjaya jika menggunakan peluang yang ada dengan baik, bekerja dengan baik dan mapu keluarkan barang pengguna. Maka dari situ tiada siapa yang boleh jatuhkan maruah kita.

“Kesanggupan untuk berusaha adalah perkara utama dalam usaha pemulihan maruah bangsa.”


Dalam masa itu, turut hadir pemimpin-pemimpin tertinggi setiap barisan parti politik.


Foto-foto yang dimuatnaik di laman sosial media telah menarik perhatian warganet dan menganggap kongres ini berjalan dengan penuh keikhlasan.




Bukan sahaja berjabat tangan tanpa bermasam muka malah ada yang berselfie untuk menunjukkan betapa pentingnya ukhwah sesama manusia walaupun mempunyai wadah politik yang berbeza.


Tidak ketinggalan, warganet turut menzahirkan rasa terharu dan tidak hebat juga yang mendoakan hubungan seperti ini sentiasa dikekalkan sebagai orang Melayu.

“Melihat pemimpin Melayu di atas pentas buat hati jadi terharu sangat-sangat”


“Kita patut gembira melihat pemimpin berpegang tangan”


“bangsa Melayu boleh bersatu apabila ketepikan ketaksuban fahaman politik”


“Moga maruah yang lama tercalar akan terbela”


“Alhamdulillah, saya amat terharu dan gembira”


“Walau aku bukan rakyatmu, tapi kami selalu berdoa panjatkan semua muslim Melayu tetap jaya”




from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OoqCvr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MhgQbJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com