Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 pada 1 Ogos lalu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan romantis buat isterinya yang tercinta menerusi Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana mempertemukan dia dengan isterinya serta mengucapkan terima kasih buat bidadarinya itu kerana sudi menjadi isterinya.
Ustaz Ebit berkata meskipun sudah 12 tahun bersama tetapi setiap hari beliau jatuh cinta cinta pada isterinya dan rasa seperti pengantin baru. Ujarnya, tanpa isterinya tidak mungkin beliau mampu mengecap kejayaan hari ini.
“Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama. Macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan. Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru.
“Tanpa bidadari abang tak tahulah bagaimanalah nak berdakwah, berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang. Ya Allah terima kasih atas anugerahmu penyejuk mata dan peneman perjuangan ini. Terima kasih menemani perjalanan hidup ini. I love u bidadariku,” tulisnya.
Dalam entri itu, Ustaz Ebit turut berkongsikan video bersama isterinya di dalam pasar raya miliknya.
Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan itu serta mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/3fsX4qj
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31fDsBa
via MerahHatiCintaku.blogspot.com