Tuesday 4 August 2020

Marah Kerana Dikejutkan Daripada Tidur, Anak Syaiton Nirrajim Pukul Ibu Sampai Ma ti


KUALA LUMPUR: Berang dikejutkan daripada tidur, seorang lelaki tergamak memukul ibu kandungnya hingga ma ti, dalam kejadian dekat Jinjang Utara di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam pada Jumaat lalu, ketika mangsa berusia 70-an itu, pulang ke rumah sebelum mendapati anak lelakinya itu sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata mangsa masuk ke bilik suspek sebelum mengejutkan anaknya itu yang sedang tidur.

"Usaha warga emas itu mengejut anaknya mencetuskan pergaduhan sebelum mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek keras sebelum didapati tidak sedarkan diri.


"Sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada anak saudara mangsa yang mengatakan ibu saudaranya didera.

"Anggota polis yang tiba di lokasi menemui seorang wanita dalam keadaan kaku di sofa. Pemeriksaan mendapati mangsa cedera di tangan, mata selain kesan darah di kedua-dua kaki serta luka di kepala," katanya.

Shanmugamoorthy Chinniah berkata, susulan kejadian itu, polis menahan suspek yang juga anak lelaki mangsa.

"Saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis ganja dan heroin.

"Suspek kini ditahan reman sehingga 15 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/33rK02a
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2DDndW7
via MerahHatiCintaku.blogspot.com