Tuesday, 4 August 2020

Anak Mangsa Dijerut Suami Luah Rasa Rindu Pada Ibu


Beberapa hari lalu hangat diperkatakan dan gempar mengenai kes seorang suami tergamak membunuh isteri gara-gara terlalu marah dengan tindakan isterinya yang memfailkan penceraian.

Suspek dipercayai menjerut leher mangsa yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggunakan tudung sehingga meninggal dunia. Suspek berusia 41 tahun itu sudah pun berjaya ditahan oleh pihak polis.

Susulan pembunuhan kejam itu, anak mangsa berusia 14 tahun meluahkan rasa rindunya kepada ibunya di media sosial ternyata mengundang simpati dan rasa sebak netizen.

Menerusi komen anak mangsa, dia menyatakan bahawa ibunya sering ditimpa pelbagai ujian sehingga menghembuskan nafas terakhir.


Sementara itu, rakan sekolah menengah mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya mengetahui kehilangan mangsa melalui perkongsian maklumat oleh rakan-rakan di kumpulan WhatsApp.


“Saya dan rakan-rakan agak terkejut apabila mengetahui berita itu tambahan kami dan arwah sangat rapat sejak sekolah menengah lagi.

“Kali terakhir saya dapat bertemu mangsa adalah pada sambutan hari raya Aidilfitri tahun lalu apabila dia berkunjung ke rumah saya di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Rakan mangsa menyifatkan arwah seorang yang yang merendah diri dan tidak sombong dan pemergiannya amat dirasai.

“Dia sangat merendah diri walaupun berpendidikan tinggi dan berjaya sebagai pensyarah berwibawa di UIAM. Kehilangannya benar-benar dirasai kami.

“Malah, dia tidak lokek berkongsi idea dan banyak memberikan nasihat berguna, ” katanya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XqZwHI
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/30qHffG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com