Tuesday 4 August 2020

Letupan besar di pelabuhan Beirut, Lubnan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berlaku Satu letupan besar telah menggegarkan ibu kota Lubnan, Beirut sehingga mencederakan puluhan orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Akibat daripada letupan besar yang berlaku di pelabuhan itu, beberapa bangunan yang berada di sekitar kawasan tersebut termasuk kediaman bekas Perdana Menteri Saad Hariri yang dilihat musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Letupan yang berlaku itu bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi itu.

Kepulan asap hitam tebal dapat dilihat sejauh kira-kira 10 kilometer.

Moga Allah selamatkan dan pelihara saudara kita di Lubnan. Amiinn



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2DEqpAM
via Denaihati.com