Teruja menyambut kelahiran anak kelima, namun apa yang lebih istimewa pada anak bongsu pelakon Gerak Khas, Mohd Zamri Ibrahim itu kedua-dua telinga bayi itu mempunyai tanda kelahiran menyerupai tulisan kalimah Allah SWT.
Menurut Zambri, perkara itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, sehari selepas anak mereka dilahirkan. Isterinya selamat melahirkan bayi perempuan 21 Julai lalu yang diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri.
“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan.
“Namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya kepada BH Online.
Dia dan isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada pada anak mereka sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga.
“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.
“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.
Zambri berkata sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.
“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengamalkan surah al-Fatihah dan ayat Kursi. Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu berselawat,” katanya.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/31ohj3I
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3kcw3ek
via MerahHatiCintaku.blogspot.com