Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Banyak fadhilat dan keistimewaan apabila kita membaca Al-Quran setiap hari. Kita sebagai umat Islam dan orang yang beriman, cubalah cari masa pagi dan malam untuk kita membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu ayat. Hidup akan sentiasa rasa tenang dan cukup dan Allah sentiasa permudahkan urusan harian kita. Tak percaya, jom kita cuba
Baca: Kelebihan Orang Yang Menghafal 10 Ayat Surah Al-Kahfi
Selain itu, setiap kalimah yang terkandung dalam Al-Quran sangat istimewa kerana ayat-ayat yang diturunkan memiliki beribu rahsia samada melalui terjemahan, sebab penurunannya bahkan melalui susunan dan rangkaian perkaitan antara setiap ayat.
Baca: Kelebihan Mengamalkan Ayat Al-Kursi
Empat ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.
Sesungguhnya apabila kita mengamalkan membaca ayat 21 hingga 24 daripada surah Al-Hasyr setiap hari banyak fadhilat yang kita dapat. Antara fadhilat dan keistimewaannya ialah;
Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;
- Mendapat rahmat Allah Taala.
- Allah Taala menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
- Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
- Dipermudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr;
70 ribu Malaikat mendoakan
1) Riwayat daripada Muwatil bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa saja yang membaca أعوذ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻂﻦ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ dan diikuti dengan membaca tiga ayat terakhr dari surah Al-Hasyr pada waktu pagi sebanyak tiga kali, Allah akan mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya. Malaikat itu akan mendoakannya sehingga ke waktu petang. Jika ia meninggal dunia pada hari itu, maka dia mati sebagai syahid. Dan barang siapa yang membacanya pada waktu petang, ia juga akan mendapat balasan yang sama” (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)
Dikurniakan masuk syurga Allah Taala
2) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Meninggal dalam keadaan mati syahid
3) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah Taala mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah.
Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan ayat ini, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.
Baca: Sejarah Asmaul Husna dan Kelebihan membacanya
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3cZSezM
via Denaihati.com