Penyelamat dari kumpulan hak dan kebajikan haiwan menemui kucing-kucing dikurung dalam sangkar kecil dipercayai untuk dihidang sebagai makanan di hotel.
Video menunjukkan ratusan ekor kucing 'mengiau' meminta diselamatkan dari menjadi hidangan manusia yang tidak berhati perut.
Aktivis hak asasi haiwan, Li menemui tempat itu di halaman belakang sebuah hotel bajet di Linfen, China pada Khamis lalu.
Dia bergegas ke lokasi itu dan mendapati sebanyak 700 ekor kucing dikurung dalam sangkar kecil berada dalam keadaan menderita dan kelaparan.
"Tengoklah kucing-kucing malangnya. Begitu banyak sekali, seperti ada 1,000 ekor kucing di sini," katanya dalam video tersebut.
"Haiwan ini hanya menunggu masa untuk dihidangkan sebagai makanan di atas meja. Kita perlu bantu mereka," katanya lagi.
Klip video itu kemudian dimuat naik di laman Weibo yang seterusnya mendapat perhatian dari pihak polis.
Kucing-kucing malang itu dipercayai telah dicuri atau ditangkap secara haram.
Jurucakap kumpulan penyelamat haiwan berkata, "Banyak yang telah diselamatkan. Kami juga sediakan makanan dan minuman untuk haiwan ini. veterinar sedang memeriksa jika ada di antara kucing-kucing ini sakit atau cedera," katanya.
Difahamkan, kucing-kucing tersebut akan dilepaskan dan diberi rawatan serta vaksin sebelum diserahkan kepada mereka yang sudi menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.
Sumber: Daily Star via https://ift.tt/2gIXi2a
from Sehinggit Media https://ift.tt/3dYvFNh
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3fooApA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com