Thursday 11 June 2020

Bidaan Nombor Plat "SYG" Kini Dibuka, Boleh Beli Untuk Yang Tersayang


Bagi sesetengah orang, nombor pendaftaran kereta atau lebih dikenali sebagai nombor plat tidak membawa apa-apa maksud tertentu. Asalkan ada nombor plat yang sah, cukup!

Namun bagi mereka yang gemarkan nombor plat unik, ada yang sanggup membida atau membeli nombor plat kegemaran dengan harga yang tinggi. Sebagai contoh nombor plat “Malaysia 1” dibeli dengan harga RRM1,111,111 oleh Aldi International Sdn Bhd pada 2018.

Bagi anda yang mahukan nombor plat unik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan untuk siri nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf ‘SYG’ hari ini. Bidaan boleh dibuat melalui platform JPJeBid serendah RM300 untuk nombor biasa. Menerusi semakan kami di laman JPJeBID, nombor plat paling popular ‘SYG 1’ kini masih lagi berada pada harga RM20,000.


‘SYG’ atau boleh diterjemahkan kepada ‘SAYANG’ mungkin boleh dihadiahkan kepada yang tersayang. Bayangkan beli kereta Audi, lepas itu ada terpampang nombor plat ‘SYG’, pasti membuatkan yang tersayang lebih sayang kepada pemberi!


Bidaan nombor plat ‘SYG’ ini dibuka pada harga bermula RM300 untuk nombor biasa, RM800 untuk nombor popular, RM3,000 untuk nombor menarik dan RM20,000 untuk nombor utama. Kenaikan bidaan minima pula adalah 5% daripada harga minima bidaan ini.

Mereka yang berminat untuk membuat bidaan boleh ke laman web JPJeBID. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menerima pautan pengaktifan menerusi emel. Kemudian anda boleh membuat carian nombor yang diminati bagi melihat jumlah terkini bidaan.

Sumber : https://ift.tt/2XUINgL


from Sehinggit Media https://ift.tt/2zoojTZ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2BWjnql
via MerahHatiCintaku.blogspot.com