Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini mengumumkan penurunan harga semua model keluarannya antara tiga hingga enam peratus.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata senarai harga baharu semua modelnya itu selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Menerusi perkongsian laman web automotif popular Malaysia, paultan.org, model Aruz bagi varian Advance dan X masing-masing mengalami penurunan harga yang paling tinggi iaitu sebanyak RM4,674 dan RM4,374 selepas pengurangan sebanyak 6 peratus. Kedua-dua varian ini dijual pada harga baru iaitu RM73,226 dan RM68,526.
Kereta kegemaran rakyat Malaysia, Myvi pula mengalami penurunan harga sebanyak 3.5 peratus bagi semua varian.
Pengurangan harga ini bagaimanapun dipecahkan dua slot iaitu bermula hari ini hingga 14 Jun membabitkan pemberian rebat tunai untuk mengurangkan harga sebelum harga rendah berkenaan dikekalkan sepanjang tempoh pengurangan cukai bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2020.
Sumber: paultan.org
from Sehinggit Media https://ift.tt/3higEHX
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UzRj2u
via MerahHatiCintaku.blogspot.com