Monday 1 June 2020

Individu Buat Akaun FB, Muat Naik Gambar Gadis-Gadis Berbaju Kurung Satin Dengan Kapsyen Lucah


Sejak kebelakangan pelbagai isu yang timbul apabila seorang lelaki yang agak dikenali di media sosial menunjukkan satu pesanan ringkas mengenai beberapa foto wanita tersebar di laman Facebook.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah memuatnaik pendapat beliau di laman Facebooknya mengenai pornografi dalam kalangan manusia yang dikenali sebagai Paraphilia Disorder. 


Ketahuilah yang pornografi menjadikan manusia gila, rosak otak hingga berlaku kecelaruan orientasi seksual.

Maksud Paraphilia Disorder


Ini satu contoh. Paraphilia jenis fetish disorder. Terangsang dengan objek tak bernyawa termasuk seluar dalam, bra, kasut, tudung dan lain-lain. Dalam kes ni baju kurung satin.

Tak tahulah gambar siapa dan dari mana mereka dapat. Tapi faham-fahamlah media sosial hari ini, merata orang share gambar sendiri. Saya yakin pemilik gambar dan video ni tak tahu menahu pun.

Mereka masukkan gambar atau video, kemudian diletakkan caption lucah. Semua ini dijadikan modal untuk onani.




Ini di Facebook, bersifat publik. Semua orang boleh baca dan akses. Bayangkan di group private, di whatsapp, di telegram. Entah-entah ada gambar kita atau orang yang kita kenali.

Tolonglah wahai hamba Allah, berhentilah dari kejahilan ini!

Buat kaum hawa, berpada-padalah muat naik gambar atau video di media sosial. Rasanya dah banyak kali viral isu ni. Kau nak kejar apa sebenarnya? Fames, likes, followers, viral, apa semua tu tak kekal.

Mohon report page ini ya. Sambil-sambil tu sila jenguk individu yang komen dalam tu, juga followersnya.


Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2TXYhhl
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XRla7t
via MerahHatiCintaku.blogspot.com