Tuesday 2 June 2020

Jika Kes Terus Kekal Di Angka Satu & Dua Digit, Kita Sudah Bersedia Melaksanakan ”Exit Strategy” – Dr Noor Hisham


Sekiranya kes Covid-19 di negara ini kekal mencapai angka dua digit, kita sudah bersedia melakukan ”exit strategy”, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seperti memetik kenyataan daripada KKM.

Jelas beliau, apabila lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak tetapi tiada peningkatan kes baharu dalam kalangan rakyat iaitu kes kekal di angka satu atau dua digit, maka negara sudah bersedia untuk melaksanakan ”exit strategy”.


Namun, kebimbangan KKM kini adalah mengenai kepatuhan pekerja asing kepada SOP bagi mengelakkan jangkitan daripada terus menular.

Tambah Dr Noor Hisham, jika kedua-duanya bergerak seiring iaitu kepatuhan rakyat Malaysia dan pekerja asing kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, nescaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan sekaligus menamatkan jangkitan wabak tersebut di negara ini.



Sumber: KKM via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/36VRHxt
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eKqXCw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com