Thursday, 11 June 2020

Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Yang Bukan Duduk Serumah – Ismail Sabri


Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri kerajaan hari ini membenarkan kenderaan persendirian boleh membawa penumpang bukan duduk serumah. 

Kerajaan telah melonggarkan peraturan boleh membawa penumpang selain dari rumah pemilik kenderaan pada hari ini.

Mesyuarat khas juga telah mebuat keputusan hari ini kalau dulu kereta persendirian berdasarkan kapasiti tempat duduk kereta sama ada 4 atau 6 atau 7 tetap mengikut SOP yang tetapkan tetapi hanya boleh satu rumah saha iaitu dengan ahli keluarga sahaja, sekarang mereka boleh membawa penumpang yang bukan dari keluarga dan dari serumah. (Rujuk minit ke 18:58)

Sekiranya kalau mereka ke pejabat atau ‘car pool’ dengan rakan-rakan dahulunya tidak dibenarkan tetapi sekarang kerajaan membenarkan, jelasnya pada sidang media hari ini.


Sumber: Sidang Media MKN via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3haAFAa
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XPc64i
via MerahHatiCintaku.blogspot.com