Monday 1 June 2020

Majikan Wajib Beri Pekerja Cuti Pada Hari Keputeraan Agong 8 Jun Ini


KUALA LUMPUR, 1 JUN: Isnin (8 Jun) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata pengisytiharan itu dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan diwartakan pada 18 Mac lepas.

“Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Hari kelepasan am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi hari kelepasan am selaras dengan peruntukan Akta 265,” menurut kenyataan itu. 


Sumber: Bernama


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gLKwft
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gFJzpj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com