Wednesday, 10 June 2020

Malaysia Nak Hantar Balik Tapi Bangladesh Tak Nak Terima 269 Pelarian Rohingya Mendarat Di Langkawi


Bangladesh menolak untuk menerima 269 pelarian Rohingya yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia semasa mereka sedang menyelamatkan diri dalam insiden bot rosak di Langkawi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri Bangladesh, AK Abdul Momen kepada Agensi Berita Anadolu, beliau bertegas bahawa tidak menjadi kewajipan kepada negara itu untuk membawa pulang kesemua pelarian tersebut.

”Bangladesh tidak akan mengambilnya. Bangladesh tidak berkewajiban atau dalam posisi untuk mengambil Rohingya lagi,” kata beliau.

Isnin lalu, kerajaan telah menahan 269 pelarian Rohingya dan menemui mayat di atas kapal yang rosak di luar pulau peranginan Langkawi.


Kemudian pada Selasa, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, memberitahu media bahawa Kementerian Luar Negeri akan meminta Dhaka untuk mengambil kembali pelarian mereka sekiranya mereka didapati melarikan diri dari kem di Daerah Tenggara Bangladesh, Cox’s Bazar di mana menempatkan lebih dari satu juta pelarian Rohingya.

Sebagai jawapan kepada isu tersebut, Momen menyatakan pendirian Bangladesh untuk tidak menerima permintaan daripada Malaysia.

”Rohingya bukan warganegara Bangladesh. Mereka adalah penduduk Myanmar selama berabad-abad,” tambahnya.

Beliau juga meminta negara-negara lain untuk berkongsi beban berkenaan penempatan pelarian Rohingya dan bukan hanya memberi tekanan kepada Bangladesh.

”Negara-negara lain dipersilakan untuk membawa mereka. Daripada meminta kami memberi perlindungan kepada mereka, kami mengalu-alukan kepimpinan dan organisasi global untuk memindahkan 1.1 juta Rohingya yang dianiaya dan kini terlindung sementara di Bangladesh,” kata Momen.

Sumber: Bernama via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YpfrWE
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MNRR0x
via MerahHatiCintaku.blogspot.com