Thursday, 4 June 2020

Wanita Cantik Tidur Sebelum Pukul 11 Malam - Pakar


Tanyalah pada mana-mana wanita, semuanya pasti ingin sentiasa kelihatan cantik dan sihat. Sebenarnya ada cara mudah untuk kekal cantik dan sihat yang perlu wanita ikuti iaitu dengan tidur awal.

Jika anda mempunyai masa tidur selepas jam 11 malam, besar kemungkinan anda harus menukar tabiat tersebut secepat mungkin.

Menurut seorang pakar kulit, Geoff Wright beliau berkata, badan manusia mempunyai ‘jam biologi’ dimana kulit akan melembap dengan semula jadi bermula jam 8 malam hingga 11 malam setiap hari. Manakala jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah disetkan kepada waktu penjanaan semula sel-sel kulit dan penutrisian.

Ketika jam 11 malam hingga 3 pagi ini, proses penukar gantian sel-sel kulit terjadi dan ia terjadi hanya ketika tubuh badan sedang berehat atau tidur. 


Jika tidak, proses penukar gantian ini terjadi dengan sedikit dan tidak optimum, malah ia mungkin tidak boleh terjadi, menyebabkan kulit nampak tua dan kusam.

Wanita harus sedar tabiat buruk dengan berjaga hingga lewat malam boleh merosakkan kulit sekali gus membuatkan kulit menjadi kering, kurang bermaya, kusam serta mudah berjerawat.

Malah tidur lewat juga boleh mengganggu proses metabolisme untuk wanita menjadi cantik dan sukar untuk langsing. Mungkin inilah jawapan kenapa anda sukar untuk menurunkan berat badan.

Kajian juga mendapati jika anda mengamalkan rutin masuk tidur sebelum jam 11 malam selama setahun, ia mampu menurunkan berat badan sehingga 3 kilogram tanpa perlu berdiet.

Jadi kenapa nak bersusah payah dengan pelbagai produk. Ada hanya perlu tidur awal untuk kekal sihat dan cantik tanpa mengeluarkan sesen pun.

Jadi tidurlah awal dan bangun awal untuk kulit nampak lawa!


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gV6Bbx
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MqOSuI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com