Friday, 25 October 2019

5 Khasiat Air Rebusan Jagung Selain Merawat Diabetis Dan Batu Karang


Siapa suka makan jagung? Dikatakan Khasiat Air Rebusan Jagung Boleh Merawat Diabetis, Darah Tinggi Dan Batu Karang. Rasanya hampir kesemua orang mesti suka makan jagung bukan? Sebut sajalah jagung rebus, jagung bakar,  jagung manis dan sebagainya.

Tapi, tahu tak anda bahawa semasa merebus jagung, air rebusan tersebut jangan dibuang, ini kerana air rebusan jagung sangat berkhasiat untuk menyembuh beberapa jenis penyakit, antaranya ialah untuk mengubati tekanan darah tinggi/hipertensi, kencing manis/diabetes disebabkan gula berlebihan, menyembuhkan batu hempedu, menyembuhkan masalah batu karang serta untuk menghentikan tabiat anak suka kencing malam. Jom tengok caranya.

5 MANFAAT AIR REBUSAN JAGUNG

1. Air rebusan jagung untuk mengubati tekanan darah tinggi

Bahan yang diperlukan adalah 5-7 tongkol jagung muda serta 1 genggam bulu jagung.

Rebus jagung dan bulu jagung tadi dengan air 110 ml

Kemudian tapis air rebusan jagung tersebut, amalkan selama 7 hari.


2. Air rebusan jagung untuk pesakit diabetis

Rebus jagung dengan tangkainya sekali, ini kerana di situlah terletaknya khasiat tersebut.

Sesudah masak minumlah air rebusan jagung tersebut dengan amalkan 2-3 kali seminggu.

3. Air rebusan jagung untuk menghentikan tabiat anak suka kencing malam

Bahan yang diperlukan adalah 1 genggam bulu jagung

Jangan menggunakan bulu jagung secara berlebihan,ini kerana bulu jagung boleh menurunkan tekanan darah dengan cara cepat dalam waktu yang singkat.

4. Air rebusan jagung untuk menyembuhkan batu karang

Bahan yang diperlukan ialah 4 tongkol jagung muda, 1 genggam bulu jagung serta 8 helai daun Keji Beling

Rebus Semua bahan tadi dengan 110 ml air

Tapiskan air rebusan jagung tersebut, serta minumlah setiap hari.

5. Air rebusan jagung untuk mengubati batu hempedu

Bahan yang diperlukan adalah 5 tongkol jagung muda serta 5 gram herba misai kucing.

Rebus semua bahan tadi dengan 110ml air.

Tapis air rebusan jagung tersebut, serta minum setiap hari selama 2 minggu.

Semoga perkongsian ini dapat di kongsikan dengan rakan-rakan anda agar manfaatnya dapat digunakan untuk orang yang memerlukan.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2WbS29Q
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Nj0UGq
via MerahHatiCintaku.blogspot.com