HARI ini mungkin menjadi detik paling istimewa bagi penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung apabila ibunya mengambil keputusan memeluk agama Islam.
Lebih menyentuh perasaan, beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Firdaus memimpin sendiri ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Kedua anak beranak itu kemudiannya dilihat berpelukan dengan Firdaus gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata.
“Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.
“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini adalah ibu saya sendiri.
“Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Firdaus merupakan aktivis dan penceramah yang aktif termasuk di media sosial, malah memainkan peranan yang signifikan dalam melontarkan isu kepentingan agama Islam.
Beliau juga beberapa kali berdepan serangan golongan ekstrem yang sengaja mempotretkan imej negatif terhadap Islam.
Mengulas lanjut, Firdaus dalam hantaran itu memohon sahabat dan pengikutnya terus menyokong dan mendoakan keluarganya dan berharap ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertuanya saya juga dikurniakan hidayah.
“Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim,” ujarnya.
Sumber: www.ohmymedia.cc & cempedakcheese.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/347AnTz
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NfnuzE
via MerahHatiCintaku.blogspot.com