Friday, 25 October 2019

Subhanallah… Besar manfaatnya gerakan solat untuk kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Solat ternyata tidak hanya menjadi amalan utama bagi umat muslim, tapi gerakan solat menurut sains juga memiliki berbagai manfaat kesihatan bagi anatomi tubuh kita. Seperti halnya juga puasa, perintah Allah di dalam rukun Islam ini sangat diakui manfaatnya oleh pakar kesihatan dan ilmuwan dunia barat.

Beberapa gerakan solat yang bermanfaat bagi kesihatan dan sudah dibuktikan sendiri ketika benar-benar melakukan gerakan solat dengan baik dan benar. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

Gambar hanya ilustrasi untuk memudahkan menunjukkan titik-titik tubuh yang mendapatkan berbagai manfaat dari gerakan solat. Yang jelas lakukan solat dengan baik benar dan ikhlas untuk mengharap redha Allah SWT. InsyaAllah jika itu sudah dilakukan manfaat kesehatan juga akan didapatkan.

Takbiratul Ihram : Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah. 

Gerakan ini melancarkan aliran darah juga getah bening (limfe) dan kekuatan otot lengan. Saat mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah kaya oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bagian bawah. Sikap ini juga sama halnya gerakan senam juga melatih otot dan persendian supaya tidak kaku dan terhindar dari nyero seputar peresendian dan bahu. , khususnya pada tubuh bagian atas.

Rukuk : Rukuk yang sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf.

Posisi ini akan melatih relaksasi bahagian tulang belakang hingga pinggang sehingga diharapkan kita terbebas dari keluhan seputar tulang punggung dan pinggang. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah juga memperlancar aliran darah di kawasan leher dan lengan. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.

Sujud : Sujud dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Perlu kita tahu bahwa pusat kehidupan ada di kepala yang di jalankan oleh organ otak. Ketika sujud aliran darah menuju otak meningkat sehingga diharapkan kerja otak menjadi semakin baik.

Aliran getah bening dipompa ke bagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya oksigen boleh mengalir maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya pikir seseorang. Kerana itu, lakukan sujud dengan tuma’ninah, jangan tergesa-gesa agar darah mencukupi kapasitasnya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan hemoroid kerana tekanan pembuluh darah di sekitar dubur juga mereda.

Duduk : Duduk ada dua macam, iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbedaan terletak pada posisi telapak kaki. Saat iftirosy, kita bertumpu pada pangkal paha yang terhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya sakit ketika berjalan. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot tungkai turut meregang dan kemudian relaks kembali.

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya.

Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain.
Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.

Solat yang dilakukan saban hari, lima waktu sehari semalam, pagi, petang dan malam memberi kesan positif kepada pengamalnya. Percayalah bahawa setiap amalan yang difardukan pasti mengandungi hikmah atau kelebihan yang tersendiri.

Hasilnya cukup mengkagumkan :

1. Membantu sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

2. Pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

3. Mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

4. Solat lima kali sehari semalam dapat mengurangkan lemak dalam badan.

5. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

6. Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

7. Kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

8. Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

9. Ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

10. Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

12. Pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

13. Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Indahnya solat yang difardukan kepada kita apabila kita menghayatinya. Justeru itu, sama-samlah kita memelihara solat dan memperbaikinya dari semasa ke semasa. Lakukanlah solat di mana sahaja walau sesibuk mana kita dengan urusan dunia.

Jom solat!



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2qNv659
via Denaihati.com