Thursday 10 October 2019

Akibat Boikot. Rating Aplikasi Foodpanda Jatuh Merudum, Kini Hanya 1.3 Bintang


Rating aplikasi Foodpanda jatuh merudum dalam masa beberapa hari sahaja selepas Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das mengeluarkan kenyataan angkuh pada Isnin lalu.

Hasil pemeriksaan di Google Play Store, rating aplikasi Foodpanda kini hanya 1.3 bintang berbanding 4.4 bintang sebelum ini manakala pesaing terbaru mereka, Bungkusit naik kepada 4.7 bintang.

Bagi menujukkan rasa marah, netizen turut melancarkan kempen #boycottfoodpanda dan #UninstallFoodPanda di media sosial sehingga ada yang membuang aplikasi itu daripada telefon pintar mereka.


Dalam kenyataannya, Sayantan mendakwa tidak terkesan dengan mogok yang dilakukan penunggangnya yang tidak berpuas hati terhadap skim pembayaran baru yang diperkenalkan.




“Mogok itu dijalankan oleh kumpulan yang sangat kecil oleh penghantar kami.

“Kami telah mengkaji dan memahami segmen penghantar, kurang dari satu peratus yang memulakan mogok,” katanya.

Kenyataan itu mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkannya sebagai angkuh.

“Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna, dan boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna.

“Keangkuhan bukan penyelesaiannya,” katanya menerusi ciapan Twitternya.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Mv7mdh
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2M4W0gT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com