Bermain permainan secara online melalui telefon pintar merupakan salah satu trend terkini untuk kebanyakan golongan remaja dan dewasa. Hobi bermain game merupakan suatu kebiasaan normal bagi kaum lelaki.
Sebenarnya, ramai mengatakan bahawa bermain game dapat menghilangkan stress serta mengisi ruang waktu yang kosong dalam kehidupan harian. Tidak dinafikan memang betul bahawa bermain game dapat memberikan satu kepuasan setelah selesai menghabiskan game tersebut.
Namun, terdapat keburukan saat ketika bermain game online itu sendiri.
Padah terlalu kerap bermain permainan di telefon bimbit, seorang lelaki diberi pengajaran yang akan diingatinya sehingga bila-bila apabila isterinya bertindak melekatkan gam tikus di mukanya.
Difahamkan, si isteri sudah tidak dapat menahan kesabaran dengan si suami yang didakwa kerap mengabaikannya kerana terlalu asyik bermain permainan di telefon bimbit. Lalu si isteri mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada lelaki itu.
Kejadian itu berlaku di Jiamusi, wilayah Heilongjiang, China, menunjukkan si suami sedang duduk leka bermain permainan di telefon bimbit, lapor Daily Mail.
Si isterinya datang menghampiri dan menunjukkan sekeping kertas yang disapukan dengan gam tikus sebelum ditampal ke muka lelaki itu tanpa ragu-ragu.
Terkejut dengan kejadian itu, si suami terus berhenti bermain dan cuba menanggalkan gam tikus itu dari mukanya serta berang dengan perbuatan isterinya yang hanya ketawa melihatnya.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/33y8pzP
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2oKHPVv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com