Monday 7 October 2019

Artis K-pop Ucap Dua Kalimah Syahadah.. Alhamdulillah


SEORANG penyanyi K-pop, Jay Kim mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah sekian lama hasratnya terhalang kerana ibunya tidak bersetuju.

Jay atau nama Islamnya Daud Kim berkongsi perkara tentang pengislamannya melalui sebuah video yang dimuat naik di Youtube miliknya.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, banyak perubahan dalam kehidupannya sejak dia berminat untuk mempelajari tentang agama Islam.

Walaupun belum melakukan persediaan sepenuhnya, Daud berkata dia akan cuba menjadi seorang Muslim yang sejati.


“Assalamualaikum. Sejak saya mula berminat dengan Islam, banyak perkara dalam hidup saya telah berubah. Sebenarnya, saya belum bersedia sepenuhnya tetapi saya akan cuba untuk buat yang terbaik untuk menjadi seorang Muslim yang taat,” katanya.

Tambah Daud yang pernah menganut agama Kristian Katolik itu, dia ingin bertaubat kepada Allah SWT setelah sedar banyak dosa dilakukan selama ini.

“Saya tahu yang saya banyak berdosa sebelum ini, tetapi saya ingin bertaubat dan sujud kerana Allah,” katanya.



Dia mengetahui bahawa Allah sentiasa berada di sisinya walaupun dilahirkan sebagai seorang bukan Muslim sebelum ini dan bersyukur setelah mendapat petunjuk daripadaNya.

“Although I am not a born-Muslim, I know that Allah is always with me. Thanks to Him to give me the Signal and help me to recognize it..

“Thanks to Him to show me the right path. There is no God but Allah and Muhammad is His messenger,” ujarnya.


Terdahulu, Daud beralih menjadi ‘Youtubers’ selepas mengeluarkan dua album mini di bawah sebuah syarikat rakaman.

Penyanyi itu sering memuat naik video nyanyian ‘cover’ dan menghasilkan banyak vlog mengenai budaya Islam di Korea.




from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ARfvmQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2OrFlG4
via MerahHatiCintaku.blogspot.com