Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Belanjawan 2020 untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyaksikan peningkatan peruntukan kepada agensi pelaksana seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong yang mengesahkan bajet kementerian itu yang kekal sekitar RM1.2 bilion, berkata secara keseluruhannya, belanjawan bagi KBS kali ini lebih menyasarkan perbelanjaan terhadap pelanggannya seperti golongan anak muda, belia, atlet negara dan komuniti.
INTIPATI
Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 langkah-langkah teras dalam Belanjawan 2020 adalah sejajar dengan strategi tujuh (7) SPV30 yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memasti- kan bahawa tiada rakyat yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Menerusi program-program pembangunan belia dan sukan seperti berikut :
Graduates @ work
• Menganggur selama lebih daripada 12 bulan
• Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun
• Majikan: Insentif penawaran pekerjaan sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun.
Apprentice @ work (TVET)
• Menyediakan tambahan RM100 untuk pelatih TVET
• Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
• Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja
Locals @ work
• Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM250 / RM500) selama 2 tahun
• Majikan: Insentif Tawaran Pekerjaan sehingga RM250 sebulan selama 2 tahun
• Meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200 di bandar-bandar utama dan RM1,100 luar bandar.
• Pembangunan Belia (YPC, MFLS, inisiatif sukarelawan) – RM138 juta
TVET
• Peningkatan peruntukan dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion
• RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
• Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
• Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional
• Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
Sukan
• Sukan Olimpik Tokyo / Sukan SEA Hanoi – RM179 juta
• Pemulihan kemudahan sukan – RM299 juta
• eSports / eSukan – Peruntukan meningkat sebanyak RM20 juta
• Program sukan wanita – RM10 juta
- Pembangunan Bola Sepak Negara RM 45 Juta
Sebagai rekod, RM1 bilion diperuntukkan kepada KBS pada pembentangan belanjawan 2018, manakala masing-masing RM1.2 bilion dan RM930 juta untuk 2017 dan 2016.
Belanjawan 2020 untuk KBS yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng menyaksikan peningkatan 25 peratus peruntukan kepada agensi pelaksana seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2IHS1oF
via Denaihati.com