Friday, 4 October 2019
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Dengan Pelbagai Alasan Yang Munasabah
Tahniah kerana anda adalah antara ibu-bapa yang bertanggungjawab. Apabila anak tidak hadir ke sekolah, kita perlu memberitahu guru kelas. Bukannya hanya dengan Whatsapp semata-mata.
Jika anak anda tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah atas alasan yang munasabah, satu surat tunjuk sebab wajib diserahkan kepada guru kelas masing-masing. Surat ini akan disimpan sebagai rekod yang menunjukkan pelajar tidak ponteng sekolah.
Antara sebab tidak hadir ke sekolah yang sering diguna pakai seperti demam, masalah keluarga, terlibat dalam aktiviti luar dan sebagainya.
Surat rasmi permohonan cuti sekolah ini juga penting dalam memastikan rekod berhenti sekolah pelajar kelak berada dalam keadaan yang baik. Ianya sekaligus mengelakkan rekod kesalahan ponteng sekolah dicatatkan dalam rekod pelajar.
Oleh itu perkongsian contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini boleh dijadikan buat semua dalam mengarang satu Surat Rasmi yang terbaik.
Berikut dikongsikan senarai Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah buat panduan semua.
Alasan ketidakhadiran ke sekolah adalah berbeza-beza mengikut individu dan pelajar adalah dilarang untuk menipu alasan tidak ke sekolah.
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Sakit
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Atas Urusan Keluarga
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atas Alasan Sakit
Walau apa-pun alasan kita, beritahu guru kelas elok-elok. Jangan menipu hanya untuk menutup kesalahan kita. Bimbang anak-anak ikut sikap kita yang sambil lewa dan suka menipu, sehingga dia besar nanti.
Semoga perkongsian Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah dapat membantu anda untuk membuat satu surat rasmi yang terbaik.
Sumber: gcarian.com, permohonan.my dan theberkat.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MfUyXU
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2oSBcQu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com