Friday, 4 October 2019

Gara-gara Guna "Screen Protector" Retak, Jari Lelaki Ini Hampir Dipotong


Semua telefon pintar pada zaman serba teknologi kini menjadikan pemakaian “screen protector” sebagai satu benda wajib.

Ia bagi melindungi telefon pintar daripada calar atau retak dan pecah.

Bagaimanapun kita juga sering melihat rakan-rakan menggunakan “screen protector” yang retak.

Antara alasan yang popular yang disebutkan apabila minta digantikan sudah pastinya malas atau tidak mempunyai masa.

Disebalik berkesan sebagai melindung skrin telefon pintar daripada mudah calar atau retak, skrin pelindung ini juga mungkin merosakkan jari anda dalam jangka masa panjang sekiranya tidak diambil serius.

Kes yang berlaku ini mungkin bakal menjadi pengajaran buat orang ramai dimana seorang mangsa, Muhammad Azuan Iqbal Abdullah Sani berumur 23 tahun ini mulai sedar jarinya kanannya semakin bengkak serta semakin hitam sejak beberapa minggu lalu.


Melihat kepada keadaan jarinya yang semakin bengkak, beliau telah mendapatkan rawatan di klinik di Puncak Alam.

Alangkah terkejutnya apabila doktor memaklumkan jarinya terkena jangkitan kuman dimana beliau diarahkan untuk mula mengambil antibiotik.

Beliau juga turut dicucuk sebanyak lima kali di jari bagi membuang nanah yang berada sekitar ibu jari.

Baca perkongsian dibawah tentang adiknya yang terpaksa menjalani pembedahan kecil disebabkan serpihan kaca pelindung skrin telefon yang sudah retak.



Perkara yang terlihat kecil pada awalnya, apabila dibiarkan menjadi semakin besar dan memberikan kesan dalam kehidupan sepanjang hayat.

Apa-apapun beringatlah korang kat luar sana tu ye. Kalau screen protector tu dah pecah, jangan ditunggu-tunggu, ganti je yang baru. Kalau tak mampu, cabut yang lama tu. 

Sumber: Facebook Eishh Rayyania


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VdCuBQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/359P0qw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com