Menutup kepala dengan tudung merupakan satu tuntutan dalam menutup aurat. Jadi, sememangnya masyarakat Muslim terutamanya kaum Melayu di Malaysia akan mengenakan hijab.
Namun begitu, tidak salah jika kaum lain yang bukan beragama Islam untuk memakai tudung sebagai pemakaian hariannya.
Cina tapi pakai hijab
Menerusi satu posting di Twitter, seorang gadis Cina memaklumkan bahawa dia selesa memakai tudung dan berpakaian sopan setiap hari.
Dari sekolah dah start pakai tudung
Tambahnya lagi, dia sudah memakai tudung sejak dibangku sekolah lagi dan berharap dapat mengekalkan pemakaian sebegitu. Jiaqing juga menyertakan sekali gambar-gambarnya memakai hijab buat kali pertama.
Nak pakai tudung hari-hari
Jiaqing turut berharap dapat memakai tudung pada setiap hari walaupun bukan seorang Muslim kerana dia selesa dengan pemakaian seperti itu.
Nampak cantik sangat!
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menurunkan komen di posting terbabit dengan memuji gadis tersebut yang cantik mengenakan tudung.
Mereka juga berdoa agar Jiaqing terus dengan niat murninya memakai tudung pada setiap hari.
Sumber : jiaqing28512216 via www.ohmymedia.cc
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2W9g2dt
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2W8hkFK
via MerahHatiCintaku.blogspot.com