Thursday 10 October 2019

'Kejam Gila!' - Mayat Dikerat 8 Bahagian Ditemui Berselerakan Di Kawasan Semak


Polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 4.30 petang tadi mengenai penemuan mayat seorang individu yang telah dikerat. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lapan bahagian mayat itu ditemui berselerak di kawasan semak berhampiran kampung Ladang, Krubong, Melaka.

Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan lain sebelum dicampak di kawasan tersebut.


"Siasatan awal menemui bahagian tubuh manusia di kawasan semak berkenaan sejak kira-kira lima hari lalu," katanya. 

Polis masih menyiasat jantina mangsa termasuk identitinya yang akan didedahkan sebaik saja polis menerima laporan bedah siasat. 


"Kami akan putuskan sama ada tubuh badan ini lebih daripada satu (mangsa) atau tidak selepas selesai proses bedah siasat. 


"Mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

Sumber: Harian Metro via The Reporter


from Sehinggit Media News https://ift.tt/35qn0Ps
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2p7U52g
via MerahHatiCintaku.blogspot.com