Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini sebelum ini. Kali ini Abang nak berkongi kisah benar penipuan umrah tajaan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Beberapa tahun lepas seorang sahabat kampung dapat pakej umrah special hanya perlu bayar RM3 ribu sahaja selebihnya ditaja oleh seorang Usahawan Dermawan. Alhamdulillah pergerakkan dia lancar pergi dan balik.
Cerita umrah tajaan ini sudah terdengar sejak beberapa tahun lepas, ada yang kata orang politik yang taja dan ada yang kata usahawan yang menaja. Ada juga dengar kes jemaah yang ambil pakej tajaan ini tersangkut di Jeddah atau Madinah kerana tiada tiket nak balik.
Tahun lepas abang mengopi dengan seorang sahabat Patani di Kuala Lumpur. Dia orang Patani yang lahir di Mekah menguruskan hotel di Mekah untuk jemaah umrah. Dia datang KL nak berjumpa seorang Dato yang janji nak bayarkan hotel untuk jemaah umrah tajaan. Dia berhutang lebih RM1 juta dengan hotel. Duit yang dijanjikan oleh Dato tersebut tidak kunjung datang. Ketika Abang jumpa dia sudah tiga hari di KL tapi masih tak dapat berjumpa dengan Dato tersebut. Berbagai alasan yang diberikan oleh Dato tersebut.
Baru-baru ini Abang jumpa seorang pengusaha travel umrah. Dia dan beberapa belas syarikat travel umrah lain dijemput oleh seorang usahawan untuk membentangkan kertas kerja untuk bawa 400 jemaah umrah. Segala kos umrah akan ditaja oleh beliau. Syarikat travel yang datang bukan syarikat baru ada yang sudah berpuluh tahun dan sudah terkenal seluruh Malaysia.
Setelah beberapa kali pembentangan akhirnya syarikat beliau telah terpilih. Dipendekkan cerita maka dia bawalah 400 orang jemaah mengerjakan umrah. Namun setelah mengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit membawa jemaah umrah dengan berpegang pada surat perjanjian bahawa usahawan tersebut akan membayar semua kos. Rupanya semua itu hanya sebuah scam. Usahawan tersebut tidak membayar sesen pun pada travel umrah malahan mengenakan bayaran kepada jemaah yang masuk terus kekoceknya.
Bila dianalisa dari kisah pertama, kedua dan ketiga barulah Abang faham cara mereka menipu. Penipuan ini sudah berlaku sejak beberapa tahun lepas dan sedang berlaku dengan janji manis yang mengiurkan.
Syarikat travel umrah tidak dapat berbuat apa-apa kerana semua pembayaran adalah antara syarikat travel dengan pihak yang berkaitan seperti syarikat penerbangan, hotel, syarikat bas dan sebagainya tidak ada lansung dengan individu yang janji untuk menaja tersebut. Manakala majoriti jemaah umrah yang terkena adalah orang-orang kampung yang tidak berani untuk mengambil tindakan.
Semuga tiada lagi penipuan begini terutama untuk ibadah mulia penjadi tetamu ALLAH.
Kalian pernah ke dengar kes begini?
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/35JCazB
via Denaihati.com