Monday 7 October 2019

Rakyat Malaysia Berusia 14 Tahun Ini Berpendapatan RM50,000 Setahun Dari Perisian Ciptaannya Sendiri


Semasa berusia 13 tahun dia sudah pun mencipta perisiannya sendiri sehingga mampu memberikan dia pendapatan sebanyak RM50,000 dan pelanggan seramai 400 dalam masa satu tahun!

Benchpoint.io, laman web yang direka oleh Akmal memberikan penyelesaian ujian kelajuan jarak jauh dan sistem penanda aras internet. 

Dengan perisiannya ini, pengguna internet, khususnya pentadbir dan pembangun web memantau rangkaian pelayan, termasuk mengawal konfigurasi pelayan, kelajuan RAM serta penggunaan unit pemprosesan komputer (CPU).


Seperti yang dilaporkan oleh The Borneo Post, Akmal menjelaskan yang idea disebalik penciptaan perisian ini adalah dari salah seorang pelanggannya yang membuang masa ke sana ke sini melihat skrin untuk memantau server. Katanya,

“Apa yang saya buat adalah perisian yang anda perlu pasang, copy dan letakkan kod dalam server dan selepas itu, anda boleh menguruskan ujian kelajuan dari antaramuka laman web.”


Akmal merancang untuk mencipta platform untuk rakyat Malaysia yang fokus untuk mengurangkan latensi dan meningkatkan kelajuan internet sambil mengelakkan downtime.

Harap-harap Akmal menerima semua sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk merealisasikan rancangan dan ideanya.




from Sehinggit Media News https://ift.tt/33hJpNn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LTCPGU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com