Wednesday, 9 October 2019

Sebab Berwajah 'Baby Face', Cikgu Ini Sering Kali Disalah Anggap Sebagai Budak Sekolah


Sesetengah orang sangat bertuah apabila memiliki wajah yang jauh lebih mudah berbanding usianya. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk melakukan pelbagai rawatan ataupun pembedahan untuk tampak sentiasa muda.

Perkara ini sudah sering kali dialami oleh seorang guru lelaki yang berasal dari Bulacan, Filipina. Dia sering kali disalah anggap sebagai salah seorang murid sekolah di tempat mengajarnya.

Rupa macam budak-budak!


Lelaki ini di kenali sebagai Ian Francis Mangga atau lebih mesra dengan panggilan Mangga merupakan seorang tenaga pengajar di Son Jose Del Monte. Guru yang berusia 22 tahun ini mengajar murid tadika dan sekolah rendah tahap dua.


Masa kecik, ada terkena penyakit


Mangga menyatakan bahawa, ketika dia masih kecil dia sering terkena penyakit yang menyebabkan dia terbantut dalam pembesaran. Malah, dia kelihatan lebih kecil dan muda berbanding rakan-rakan seusianya.

Dah biasa disalah anggap

Jelasnya lagi, disebabkan wajahnya yang baby face tersebut, membuatkan diriny kelihatan jauh lebih muda seperti budak-budak sekolah. Walhal, dia sudah pun berusia lebih 20-an.

Tak pernah dibuli pun


Walaupun keadaannya begitu, Mangga menyatakan bahawa dia tidak pernah dibuli kerana dirinya merupakan seorang yang peramah. Namun, dia tetap serius melakukannya sebagai seorang guru dan sentiasa memastikan anak didiknya mempunyai displin yang tinggi.

“Saya perlu menjadi serius kerana saya ialah seorang guru. Tidak semua benda perlu dibuat main, mereka juga perlu menjadi serius terutamanya ketika berada didalam kelas.” Kata Mangga.


Sumber: BorakDaily


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OA6IxM
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33jjVPG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com