Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan orang Melayu malu bekerja dalam sektor bahaya, kotor dan sukar yang hanya ditawarkan gaji minimum sebanyak RM1,100 sebulan.
Sebaliknya kata Dr Mahathir, mereka tidak malu menerima saguhati sebanyak RM500 setahun yang diberikan kerajaan.
“Ada orang berkata sebabnya orang Melayu tak mahu kerja kerana gaji kecil sangat. Kalau kerja dapat gaji RM1,100 sahaja sebulan.
Beliau berkata, kerajaan tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi kerana Malaysia bukan negara kaya dan perlu bertindak mengikut kemampuan.
“Ada yang bercerita kepada saya bahawa orang Melayu rajin bekerja bukan seperti yang saya anggap iaitu mereka tidak rajin. Mereka menunjukkan bahawa ramai orang Melayu yang bekerja di Australia dan Korea Selatan.
“Bagaimanapun mereka pergi kerana gaji mereka tiga, empat kali lebih tinggi daripada Malaysia. Demikian juga gaji-gaji di negara Arab. Mampukah kita bayar gaji sebegitu tinggi? Kita tidak mampu. Kita bukan kaya. Kalau kita miskin, kita buat seperti orang yang miskin. Kalau kita kaya, nah... ambil lah. Buatlah apa sahaja sebab kita kaya,” katanya.
Menurutnya, orang Melayu pada hari ini menjadi lemah kerana terlalu bergantung kepada orang luar yang sanggup bekerja mengumpul harta kekayaan di dalam negara.
“Inilah yang berlaku. Ini hakikat yang sebenar. Tetapi adakah kita belajar daripada sejarah kita?
Tidak. Sehingga ke hari ini pun kita sanggup terima orang asing datang ke sini untuk membuat kerja yang kita tidak sanggup melakukannya.
“Kononnya kerja-kerja ini berat, bahaya dan kotor. Oleh itu kita serahkan kerja ini kepada orang lain. Tetapi apakah kerja ini semuanya berat, bahaya dan kotor? Tidak juga. Ada banyak kerja yang tidak berat.
"Kerja dalam bangunan-bangunan yang berhawa dingin. Kita tak perlu mengangkat yang berat-berat. Tidak bahaya. Itu pun kita tidak sanggup,” katanya.
Kongres Himpunan Melayu dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Penganjuran kongres sebelum ini mendapat kritikan beberapa pemimpin UMNO yang mendakwa institusi pengajian tinggi digunakan sebagai alat politik.
Antara yang hadir pada kongres hari ini ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2IuGoRF
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Vi6ywa
via MerahHatiCintaku.blogspot.com