Sunday, 6 October 2019

Pelajar Koma Di Mesir, Bapa Rayu Bantuan Rakyat Malaysia Bawa Pulak Anak..


SHAH ALAM - Seorang pemandu bas masih memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai bil perubatan dan kos membawa pulang anaknya yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir sejak beberapa hari lalu.

Bercakap kepada Sinar Harian, Azyanshah Ariffin, 53, turut memohon orang ramai agar menyalurkan sumbangan menggunakan satu saluran sahaja iaitu melalui akaun Maybank miliknya bagi mempermudahkan segala urusan.

Menurutnya, dia khuatir ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menyebarkan nombor akaun tidak berkaitan bagi tujuan menipu orang ramai.


“Ramai yang tampil menghulur bantuan selepas kisah anak saya tersebar di media sosial.

Alhamdulillah anggaran bil hospital sebanyak RM20,000 sudah ada, kini kami memerlukan bantuan bagi membiayai kos lain termasuk tiket penerbangan

“Tapi secara tiba-tiba Rosimatan sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma. Anak saya sudah sedar dan semakin stabil tapi masih belum dibenarkan pulang kerana dalam keadaan lemah,” katanya ketika dihubungi.

Azyanshah berkata, isterinya, Rosmawati Khalidin, 43, kini berada di Mesir untuk menemani anak mereka di sana sehingga dibenarkan pulang untuk meneruskan rawatan lanjut di Malaysia.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank atas nama Azyanshah bernombor 162013111595 atau menghubunginya di talian 010-7993486.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31YDE72
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VjNAVW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com