Sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham telah memaklumkan berkenaan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di Malaysia.
Setakat jam 12 tengahari, sebanyak 317 kes baharu positif Covid-19 dan ini menjadikan kes tertinggi dilaporkan sejak pandemik tersebut menular dalam negara.
Apa yang lebih membimbangkan adalah kesemua kes tersebut adalah penularan tempatan melibatkan kluster-kluster yang terdapat di seluruh negara.
“Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara melibatkan 303 warganegara dan 14 bukan warganegara
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 1 kematian dilaporkan dan terdapat 29 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 4 memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber: KKM
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2HTLnOs
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3lb2WIc
via MerahHatiCintaku.blogspot.com