Saturday, 3 October 2020

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Mohon Maaf Atas Segala Kesulitan

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berikutan pembatalan pendaftaran pelajar di pusat pengajian tinggi semalam.

Noraini berkata, sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta-merta. Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

“Peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka. Kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal. Saya berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini,” kata beliau.

Kepada pelajar yang sudah tiba, kata Noraini, mereka boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak Universiti. Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke Universiti.

“Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid19 ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Semalam Nornaini menjadi sasaran kemarahan pelajar dan ibu bapa yang baru tiba untuk mendaftar di universiti tetapi terpaksa pulang. Ada yang menaiki bas, pesawat, kereta dan sebagainya terpaksa bergegas pulang akibat pengumuman mengejut itu.

Sikap tidak prihatin menyebabkan media sosial semalam dibanjiri dengan komen yang mendesak Noraini meletakkan jawatan kerana tidak cakna dan gagal mengendali kementeriannya.

Sumber: Utusan Online



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2GzyKre
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3l9bGOY
via MerahHatiCintaku.blogspot.com