Adakah di antara kita mengalami masalah kesukaran tidur? Mesti ramai yang pernah mengalami masalah susah tidur bukan? Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Apabila anda masuk ke pejabat dengan keadaan muka letih lesu jadi mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan.
Kesukaran tidur merupakan satu penyakit yang dipanggil insomnia dan terjadi kepada hampir semua golongan. Insomnia adalah masalah untuk tidur atau sentiasa terjaga sepanjang malam. Ia boleh berlaku secara berkala/jangka pendek (boleh mencecah 3 minggu) atau berpanjangan (kronik).
Punca kesukaran tidur mungkin disebabkan gangguan stress, tekanan perasaan dan juga banyak memikirkan permasalahan. Kadang-kadang kita sudah berada di katil, tetapi mata masih tidak terlelap. Lagi teruk sekiranya setelah hampir 1 jam atau dalam jangka masa yang lama, masih tidak dapat melelapkan mata. Masalah sukar untuk tidur boleh diatasi dengan banyak cara
Aktivis Dakwah, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre berkongsi doa yang pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat baginda, Zaid bin Tsabit yang berdepan masalah tidur yang sukar.
Doa Sembuhkan Penyakit Susah Tidur
Ada tak yang susah nak tidur? Puas dah paksa mata tapi susah nak lelap juga? Bagi mereka yang susah sangat nak tidur, apa kata kalau cuba baca doa ini. Doa ini diambil dari kitab Al-Adzkar karya Imam An-Nawawi.
Suatu ketika Zaid bin Tsabit susah nak tidur, kemudian dia mengadu kepada Baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan Baginda mengatakan kepada Zaid agar membaca doa ini.
Setelah membaca doa ini, tetiba penyakit susah tidurnya pun hilang, dan Zaid kembali tidur seperti biasa.
Alhamdulillah. Selamat malam daripada kami di @nurelhikmah.
Note : Maaf, baris perkataan hujung doa di dalam gambar ini adalah لَيْلِي (Laili bukan liali)
Penting untuk mak ayah mendapatkan tidur yang mencukupi agar pada keesokan hari tubuh lebih cergas untuk melakukan aktiviti fizikal. Lebih-lebih lagi jika perlu memandu ke tempat kerja.
Jika tidur pun bermasalah, bimbang pemanduan mengundang bahaya kepada diri mahupun keluarga. Cubalah amalkan doa tersebut. Agar masalah tidur kembali terawat. Tidur yang cukup membantu emosi mak ayah jadi lebih stabil dan mudah mengingat satu-satu perkara dengan baik.
Sumber: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre via https://ift.tt/2WmxvPY
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3l5w0Ri
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33puP9g
via MerahHatiCintaku.blogspot.com