Nampaknya selepas berjaya memecahkan telur, kisah pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menjadi bualan hangat netizen apabila dia mengakui tidak mengetahui bahawa sayur-sayuran boleh disimpan di dalam peti ais.
Memetik laporan Liputan6, Nia mengatakan dia berasa hairan apabila pembantu rumah memintanya mengalihkan sayur yang baru dibeli ke dalam peti ais.
“Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan biarkan begitu sahaja?,” tanya Nia.
“Ini untuk sayur, layu kalau dibiarkan begitu sahaja,” jawab pembantunya.
Dalam pada itu, menerusi video di laman YouTube Nyonya Bos, pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih ini menunjukkan rumah mewah yang baru disewa olehnya itu.
Bagaimanapun, Nia berkata rumah tersebut bukan untuk diduduki oleh mereka sekeluarga tetapi untuk menempatkan seekor anjing peliharaan yang diberi nama Maximus Bakrie.
Difahamkan, rumah banglo tiga tingkat itu disewa dengan nilai 460 juta Rupiah atau RM129,000 bagi tempoh enam bulan.
Sumber: Mstar Online via Rotikaya
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ShoZ3x
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2SiSPET
via MerahHatiCintaku.blogspot.com