Saban tahun semakin ramai usahawan baru muncul apatah lagi sewaktu musim PKP berlangsung menyaksikan lebih ramai yang hilang pekerjaan, ramai masih menganggur maupun mereka yang mencari pendapatan sampingan membuatkan semua orang menceburi peluang sebagai usahawan secara online.
Namun bagaikan perumpamaan disangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari. Bukannya mudah nak dapatkan jualan maupun pelanggan sekiranya masih belum memahami method pemasaran yang sebenarnya.
Ramai yang sekadar ‘copy paste‘ iklan ke merata tempat baik di dalam Facebook, Instagram, Whatsapp bahkan SMS secara melulu.
Berjam² bantai iklan namun hasil langsung tak mengena. Malah yang paling menderita bila guna servis iklan fb ads atau google ads sampai hangus terbakar beribu ringgit tak dapat pulang modal.
Di manakah silapnya ?
Berikut kami kongsikan 3 faktor utama yang menyebabkan risiko kesilapan besar di kalangan usahawan online antaranya ialah :
1. Terlalu banyak Iklan Spam & Hard Sell
Ini memang serious… betapa banyaknya iklan spam dalam fb, whatsapp, insta yang terlalu banyak menjual hard sell. Dah la banyak panjang pula tu. Berjela-jela…
Ya, kami faham anda sedang menjual.. Tapi kalau dah mengiklan berjuta kali dengan cara yang sama sampai langsung takde sales ; tidakkah anda rasa ia memenatkan ?
Bukan setakat penat, bahkan orang yang anda spam iklan tu pun menyampah.
Ubahlah cara kita sampaikan mesej kepada prospek pelanggan.
Kesilapan ketara usahawan baru juga termasuk copywriting pula tiada power yang umpphh…
Asyik copy paste skrip sama saja.. Kalau jual produk A maka beribu orang lain pun copy paste skrip produk A sama saja takde something surprise. Mana la orang tak boring..
Ada banyak cara iklan sebenarnya namun ramai usahawan baru tidak tahu cara menghasilkan content marketing yang berkualiti. Dan sebenarnya sosial media bukan tempat menjual ini kerana fungsinya lebih kepada tempat bersosial & lepak…
Itu sebab pendekatan sosial media tak sama macam ecommerce seperti Shopee, Lazada, Lelong, Qoo10 dan lain-lain yang memang fungsinya sebagai pasar jualan online.
Yang penting lihat kesesuaian platform dan elakkan tembak peluru tak tentu hala dengan iklan spam maupun hardsell yang menyebabkan lebih ramai orang lari dari anda.
Namun bagi mereka yang belajar teknik copywriting softsell ia lebih menarik perhatian prospek pelanggan walaupun baru pertama kali melihat anda serta tidak pergi kepada pesaing lain.
2. Tidak Menngautomasikan Kempen Pemasaran
Kesilapan terbesar usahawan bila asyik buat kerja marketing secara manual. Jika ada 100 orang bagi salam dalam whatsapp maknanya 100 kali jawab salam manual. Ini sudah membazirkan masa & tenaga anda.
Ini belum masuk bab produk atau servis yang perlu kita jawab dalam whatsapp. Jika ada banyak produk memang jenuhlah nak reply satu demi satu.
Majoriti usahawan baru memang tidak tahu cara mengautomasikan pemasaran mereka baik dalam facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya.
Sebagai contoh imej di atas adalah salah satu robot whatsapp yang kami guna untuk automasikan mesej & info balas kepada prospek pelanggan.
Ianya lebih mudah & pantas untuk autoreply semua whatsapp walaupun kita tidur. Ini memudahkan prospek pelanggan dapat info mengenai perniagaan anda dengan pantas dan tidak perlu pening² explain perkara yang sama sebab robot boleh tolong reply berjuta kali tanpa gagal. Adalah amat penting guna medium whatsapp untuk close sales kerana majoriti pasaran di Malaysia pengguna memang guna medium ini.
Selain itu ada juga apps untuk robot autoreply messenger Facebook, Instagram, Telegram bahkan Signal. Semua jenis robot apps ini memudahkan kempen pemasaran anda berjalan laju tanpa perlu risau terlepas prospek pelanggan.
3. Tak Tahu lubuk Ribuan Database Pelanggan
Majoriti 90% usahawan baru memang tidak tahu dekat mana lubuk ribuan data prospek pelanggan. Hanya 10% saja otai² usahawan berpengalaman yang kenal benar lubuk pelanggan mereka.
Sebenarnya ada banyak teknik zero cost marketing yang boleh kita gunakan untuk dapat data targetted + organic prospek tanpa gunakan sebarang fb ads atau mana² paid marketing.
Ilmu data ini sebenarnya kena belajar. Sebab bila kita dah ada data pelanggan yang targetted maka lebih senanglah proses ‘close sale’ berlaku setiap hari.
Tapi tak banyak course mengenai data marketing kerana ia cukup mahal menggunakan analytics software yang canggih.
Ini menyebabkan usahawan baru kita suka bantai iklan ads sampai hangus terbakar beribu ringgit sampai tidak dapat pulang modal.
Walau bagaimanapun usah risau kerana kami sudah sediakan platform baru untuk usahawan meminimakan risiko kesilapan serta memaksimumkan keuntungan dalam perniagaan.
Anda boleh segera laju² join group wasap : www.ecoaching.my
InsyaAllah lebih banyak tips & solutions kami akan share pada anda.
Kita jumpa di sana……
The post 3 Kesilapan Majoriti Usahawan Online first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3ouxlTb
via Denaihati.com